Gunung Ledang

Gunung Ledang
ڬونوڠ ليدڠ
Mount Ophir
Gunung Ledang dilihat dari pusat pekan Tangkak
Titik tertinggi
Ketinggian1,276 m (4,186 ka)
Geografi
Gunung Ledang is located in Bumi
Gunung Ledang
Gunung Ledang (Bumi)
LokasiDaerah Tangkak, Johor
Geologi
Jenis gunungInselberg
Paparan amaran: Laman menggunakan Templat:Kotak info gunung dengan parameter tidak diketahui "lat_d"
Paparan amaran: Laman menggunakan Templat:Kotak info gunung dengan parameter tidak diketahui "long_d"

Gunung Ledang (Jawi: ڬونوڠ ليدڠ; juga dikenali sebagai Mount Ophir) merupakan sebuah gunung yang terdapat di Daerah Tangkak, Johor, Malaysia, berhampiran dengan titik pertemuan sempadan dengan negeri-negeri Melaka dan Negeri Sembilan.

Berketinggian 1,276 meter [1], ia merupakan gunung tertinggi di Johor serta kedua tertinggi di selatan Semenanjung Malaysia selepas Gunung Besar Hantu di Negeri Sembilan (1,462 meter). Jika berada di atas gunung ini pada hari yang cerah, seseorang boleh melihat Selat Melaka dan Sumatera, Indonesia dengan jelas.

Gunung Ledang biasanya dikaitkan dengan satu lagenda, iaitu lagenda Puteri Gunung Ledang.


From Wikipedia, the free encyclopedia · View on Wikipedia

Developed by Tubidy